SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

KONGSI BERSAMA RAKAN-RAKAN

Thursday, February 28, 2013


Latihan 1

Lengkapkan ayat di bawah ini dengan penjodoh bilangan yang betul.

1) Ibu membeli tiga __________ petai di kedai Pak Abu pagi tadi.
    a) papan
    b) batang
    c) biji
    d) ketul

2) Harga se____________ rumah banglo itu mencecah ratusan ribu ringgit.
    a) keping
    b) buah
    c) biji
    d) pasang

3) Kakak menanam tiga ___________ serai di belakang rumah neneknya.
    a) batang
    b) ulas
    c) longgok
    d) ruas

4) Harga se____________ kasut sukan yang dibeli oleh ayah RM49.90 sahaja.
    a) buah
    b) helai
    c) pasang
    d) bentuk

5) Datuk membeli tiga ___________ buah durian kampung di pasar malam itu.
    a) ulas
    b) batang
    c) kuntum
    d) biji


Latihan 2

Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk '' Aku Sebuah Basikal ''. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


Latihan 3

Arahan:
Baca soalan-soalan di bawah ini dengan teliti dan isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

a) Cikgu Hamid kelihatan ................ ( ayu / segak ) apabila berbaju Melayu.

b) Lukisan pemandangan yang dibuat oleh pelukis itu sangat ................. ( cantik / buruk ).

c) Pokok kelapa di belakang rumah Pak Hamid itu .................... ( rendah / tinggi ).

d) Setiap hari adik memakai kasut sekolahnya yang berwarna ....................... ( putih / biru ).

e) Rasa air cendol yang dijual di gerai Mak Minah itu sangat ................... ( sedap / pahit ).

No comments:

Post a Comment